My girls is my half , Muhddenial is my everything , IbuAyah is my life , muaaah kbyee :))

hanya blog yang simple :)

Friday, 6 September 2013

Takdir :')

Haii . Assalamualaikum . Jemputt laa bacaa :)

Aku taktahu kenapa hidop aku takpernah berakhir dengan bahagia. Kenapa bahagia tuu susah sangat nak singgah dalam hidop aku. dari dulu apa yang aku buad semua ekud ketentuan keluarga aku. mana aku nak masuk belajar, course apa yang patot aku amek, apa akan aku kerja nanti. Semua nya ketentuan keluarga aku. yang paling penting siapa yg akan aku kahwin pun kena ekud sape yang diorg nak. Tapi kenapa hanya aku. kenapa anak sedara aku bole dapat apa yang diorg nak. Kenapa aku sorang jer yang hidop ditentukan. Kadang kadang aku rimas jugak. Tapi apa aku bole buad. Bayangkan umur aku dah 20 tahun tapi aku belom berani buad apa apa. Teruk kan. Kenapa takdee sape pun yg cuba nak paham hidop aku nih. Aku dah puas menangis. Aku dah puas meratap. Aku dah puas melalak. Tapi takdee apa yg aku dapat. Teruk sangat ke impian aku sampai takdee sape nak sokong aku. aku dah penad macam nih. Aku taknak  hidop yang macam nih. Tapi aku takdee keberanian. Aku pendam semua nya sorg sorg. Lebih lebih lagi sekarang. Aku takdee sesapee. Aku takdee kawan. Jieha, lieya, zaty, ira semua nya dah jauh dgn aku. ema dgn huda pun. Dah takde sape bole buad aku gelak. Rizwan pun dah jauh. Denial lagi nya lahh. Langsung takdee rasa nak maafkan aku. yeahh I’m totally alone ! Memang dah takdir hidop aku sorg sorg ke hapee. Mmg bahagia tuu benci kat aku agaknya. Sebab tuu hidop aku macam nih. yaAllah takbole ke walaupun sedetik Kau beri aku rasa kebahagiaan. Aku nak rasa apa erti nya bahagia.
Agaknya laa kan nak tunggu aku mati nanti kot baru ada yang nak paham apa aku nak. Baru ada yang nak sedar aku nih wujud. Agaknya macam tulahh kot. Hmm. Sedehnya hidoppppp. Bila aku cakap semua nih kat jieha kan, mesti jieha kata, ‘’ada lagi weyh org lagi sedeh dari kau’’. Hmm tapi yang aku tengok lah kan, org sekeliling aku , aku sorg jer yg hidop sedeh cenggini. Taktahuu laa kalau mata aku nih salah melihat kan. Lieya, zaty, ira, huda dengan ema, semua nya dapat hidop yg bahagia. Ada keluarga, ada kawan. Yang paling penting ada cinta dan kaseh sayang. Jieha pulak ada keluarga, ada kawan yang semua nya sayang kan dia. nak kata aku jealous dengan diorg? Yes I am. Aku jealous gila dengan diorg. Kenapa aku jer yg tak diberi kesempatan nak bahagia macam tuu. Tekanan nya hidop aku doe !!!!!!
DENIAL !!! mu tahu dop hidop aku sekarang macam mana ! kawan aku buang aku sebab kau, family aku marah aku sebab kau, aku dah sia sia kan masa aku sebab nak tunggu kau, tapi kenapa kau taknampak semua tuu. Kenapa tetap aku yg kau salahkan. Aku pernah benci kau dulu, lepas tuu kau datang merayu aku sayang kau balek. Bila aku dah terbukak hati nak sayang kau balek, kau buad macam nih pulakkk. Menatangg harem jadah apa perangai kau macam nih. aku rindu kau doe. Aku rindu kau bagai nak mati. Pernah tak kau rasa yg aku nih perlukan kau sekarang. Aku terlalu perlukan kau. Kau tahu tak seksa nya hidop aku sekarang. Hidop yang bagaikan boneka. Yang ada alat controller. Yang setiap masa orang bole control aku dan bila bila masa jer bole buang aku. seronok kan rasa nya. Nih kot balasan yang aku dapat. Dulu aku takpernah nak hargai setiap kebahagiaan yang datang. Aku berlagak sebab aku ada ramai abang yang bole lindungi aku, ada ramai kawan yang bole gelak ketawa dengan aku. yang ada ramai lelaki yang bole aku mainkan. Aku taksedar pun hidop nih ibarat roda yang bila bila jer bole jatuh kebawah. Tengok lah aku sekarang. Aku sendirian tanpa sesiapa. Betol laa kata kakak aku, bila kita gelak ketawa semua akan ada kat sisi kita. Tapi bila kita menangis hanya kita tanpa sesiapa. Kali nih aku setuju dengan statement kakak aku.
Muhammad denial, dialah sebahagian hidop aku, sebahagian jiwa aku. 4 tahun lepas, ada seorang gadis yang takpernah percaya pada cinta tiba tiba jatuh cinta pada pandangan pertama. Tanpa si lelaki sedar dia sering curi curi pandang pada wajah kacak milik lelaki itu. Terdetik dihatinya, dia lahh lelaki yang akan menyinari hidopnya kelak. Setahun kemudian secara tak sengaja mereka menjadi rapat. Setiap masalah dikongsi bersama, suka duka gelak tawa semua nya bersama. Pulang saja dari sekolah si gadis tanpa banyak bicara , terus menyalin pakaian lalu pergi menemui lelaki itu. Hari hari mereka diisi dengan kebahagiaan. Sehinggalah suatu hari pada tarikh 19 november 2010, si lelaki melamar si gadis menjadi sebahagian dari hidupnya. Perasaan si gadis tak mampu diucap dengan kata kata. Bahagia nya dia. bermacam dugaan yang mereka tempuh bersama. Tentangan keluarga si gadis sangat ketara kelihatan. Tapi si gadis kuatkan semangat melawan semua nya demi si lelaki. Tapi hakikatnya takdir tidak berpihak pada mereka. Ibarat menanam sebatang pokok, dijaga, disiram setiap hari, bila pokoknya dah besar, dah berbunga cantik, tapi akhirnya diserang petir sehingga mati. Itulah ibaratnya cinta si gadis dengan si lelaki. Walaupun dalam hati maseh mencintai tapi hakikat takdir tak siapa mampu ubah. Dah kerana hakikat takdir jugalah mereka bertemu kembali dan saling meluahkan rasa rindu. Si lelaki berjanji akan menjadi kuat untuk perjuangkan cinta mereka. Dia bersungguh sungguh merayu agar si gadis menyayanginya kembali. Dan akhirnya si gadis menerima si lelaki. Tapi itulah takdir. Kerana mulut hidup yang terseksa. Si gadis dengan lancang berkata sesuatu yang buruk terhadap si lelaki sehingga mengakibatkan si lelaki terasa hati lalu membenci si gadis. Puas si gadis memujuk dengan bermacam cara. Tapi segala gala nya sia sia. Si lelaki takmampu menerima si gadis lagi. Tinggal lah setiap jejak langkah mereka hanya sebagai kenangan. Tiada yang mampu melawan takdir. Dek kerana rasa bersalah, si gadis berjanji bersumpah akan menunggu si lelaki sehingga dia mampu memaafkan si gadis. Hakikat yang hanya mereka berdua tahu hanya satu. Cinta. Mereka saling mencintai tapi ego menghalang segalanya. Tembok keegoan lebih tinggi dari perasaan cinta. Dan akhirnya si gadis hanya mampu berdoa semoga Allah membuka kembali hati si lelaki agar menerima nya kembali.
–aamiin-
Ringkas kan. Satu hari nanti i akan pastikan you baca semua yang I tulis nih.

Sincerely, me. An ordinary girl who had loved you for four years ago and gonna keep loving you for another thousand years.

1 comment: